Monday, April 22, 2013

New Spectacles..

Buat spec kali ni sangat mencabar.. Sampai husband aku dah stress. huhu..

IMG_9287
Ni spec yang aku minat, jumpa kat Sunway Pyramid.. Malangnya harga sangat menyesakkan jantung.. huhu.. 

Then, next weeknya kitorang ke area Bukit Bintang.. Keluar masuk banyak kedai sebab aku nak satu model tu, yang itu aje.. Tak nak yang lain.. So cari-cari tak jumpa model yg aku nak.. Lebih 10 kedai dah masuk *___* Akhirnya jumpa di Times Square.. So buatlah kat kedai tu.. Buat Carl Zeiss PhotoFusion Lens.. Lens ni boleh tukar warna.. Seminggu, spec siap, aku pakailah for the first time…

2 hari pakai, aku rasa tak selesa.. Kepala pening.. Maybe amik masa untuk aku sesuaikan diri.. So aku okay lagi.. Then try kat outdoor masa hari panas, lens tak jadi gelap.. Huhu.. Itu yang sangat menyakitkan hati.. Sebab aku bayar untuk transitions lens.. Apa lagi, terus pergi ke kedai tu, mintak dia full refund for both spec and lens.. They said OK, lagipun memang salah diorang pun..

Lepas tu terus pergi kedai yang hubby buat spec dia kat Sungai Wang.. Aku bagi code frame yang sama.. Dia carikan model yang aku nak.. Cuma this time aku tukar guna Nikon Lens pulak..

506b0790db1ab
Oakley Keel Blade.. Frame spec aku.. Actually for men.. Tapi sebab kaler dia maroon, aku suka dan sesuai dengan aku..

IMG_9436
Tinggi tak power mata aku? Silau mata kiri dah naik sikit..

IMG_9441
Best! Clear giler guna lens ni.. Macam tengok TV HD.. haha.. And macam takde cermin kat mata.. At first memang rasa pelik jugaklah sebab jelas sangat.. Now dah okay..

Spec lama, aku nak tukar lens lain supaya boleh guna kat rumah.. Nak baring-baring dengan spec baru ni, takut tangkai dia bengkok sebab halus sangat haha..

1 comment:

NinaAz said...

Nina kalo dah lama xpakai spec. Bila pakai mesti xselesa gak. Kdg2 rasa nyengat2 kat mata. Betul tu. Dlm proses penyesuaian. :)