Wednesday, January 16, 2013

Longchamp, Penutup Tirai 2012…

Wanita dengan handbag tak dapat dipisahkan macam isi dengan kuku.. Haha. Tak tahan, peribahasa aku.. Susah jugak kalau dah terjebak.. huhu.. Dengar je kawan nak pergi US ke, UK ke mesti kepala dah berkira-kira apa nak pesan.. :P Harga lebih murah dari kat sini, tu yang rasa berbaloi kalau beli.. Definitely, hubby did not agree with the idea, most of the time.. Katanya, simpan duit untuk rumah baru.. As if, kalau beli handbag satu, maknanya nanti duit tak cukup untuk beli sinki.. hihihihi..

To end year 2012, this is what I got for myself.. Lama dah beli sebenarnya, tapi suruh kawan simpan dulu sebab tak berani bawak balik rumah! haha..

002

015
Sangkut belakang pintu aje.. hehe.. Suitable for daily bag.. Spacious sesuai untuk mak-mak, nak letak pampers anak atau botol air haha.. Nak letak telekung pun boleh Smile with tongue out

Masa bawak balik rumah, I kept it safely in the wardrobe.. Senyap-senyap je dia duduk situ for a week +.. So, one day, aku test bawak keluar, macam takde apa-apa berlaku.. My hubby didn’t notice.. Yeay! Tapi petangnya dia sedar and asked me “Bag siapa ni?” haha.. Kantoi!

Aku ada lagi satu handbag in the wish list.. Oh, menyesal bagitau harga.. huhu.. Awal-awal sudah tak dapat approval.. Sometimes terfikir why don’t I show my ASB book “This is how much I save this year, so let me spend this “little” for that bag” HAHAHA.. Dilema sungguh!

No comments: