Tuesday, October 16, 2012

Jello iPad Casing..

Asyik tukar iPad casing je.. huhu.. Bukan saja suka-suka tukar pun.. Yang hari tu beli, tak berapa baik dari segi “protection”nya.. Tau jelah, Haikal suka baling-baling barang.. Dan iPad jugak tak terkecuali.. *___* Bila dah kena baling, habis tepi-tepi iPad aku jadi kemek-kemek.. huhu.. Tu belum cerita lagi kes Haikal masukkan iPad charger dalam air Nescafe papa dia.. Sabar jelah huhu…

1925

Dan ini dia my newest iPad casing.. Still pink jugak.. hehe.. Murah je Jello Cover Case ni, beli guna CIMB credit card points masa CIMB Reward Fiesta last weekend.. Harga setelah convert ialah RM50.70 sahaja..

010
Plastic casing, cover seluruh iPad.. Almost perfect to my needs..

Yang biru ni, adik aku punya.. Dia pesan kalau jumpa yg nipis, mintak tolong belikan.. Yang ni memang nipis.. Taklah macam bawak buku diari tu.. hehe..

011

085
Jaga iPad mama tu baik-baik okay!.. Sekarang dia rasa iPad tu dia punya.. Kite pegang sikit pun tak boleh.. Nak guna, sampai kena menyorok guna bawah bantal.. haha..

No comments: