Wednesday, July 18, 2012

Food Overloaded..

Lagi 2 hari sebelum berpuasa, sepatutnya dah start melatih diri (dan perut) menahan lapar dan dahaga berpuasa.. Walaubagaimanapun, dalam hati ni ada jugak perasaan nak makan sedap-sedap sebelum bulan puasa menjelma.. hihi.. Bila puasa nanti, sure semua makanan yang kite tengok nampak sedap.. Mulalah rasa tak sabar nak berbuka, nak itu ini untuk juadah berbuka, sudahnya makan tak habis.. *___*

Okaylah, ni saja nak letak gambar-gambar makanan.. Most of it dah share kat Instagram.. Tapi, please jangan tengok di bulan puasa nanti, takut terliur.. hihi..

IMG_2025
ABC, Pappa Rich.. This one is soo yummy! Ais dia lembut..

IMG_2044
Selama kerja kat Midvalley ni, ni first time try Durian Pancake.. Sedap giler.. Aku boleh habiskan 6 ketul in one shot.. RM10 for 6 pcs.. Booth dia depan Big Apple Donuts..

IMG_2056
Hot & Roll.. First time beli sendiri hari tu.. Pizza Beef flavour.. Aku request letak sos cili (Anak “hantu” kicap, mama “hantu” sos cili muahaha)..

IMG_2055
Snow Almond Cookies.. Puasa belum lagi, kuih raya dah start dijual.. hehe.. And aku pun dah order :P Siap tulis kat tepi tu remarks “Dapat sebelum puasa pun tak apa” haha.. I love this cookies, nak buat sendiri, malas.. huhu.. So tahun ni tak ada lagi shortbread, itu dah outdated.. kuikui..

IMG_2064
Sambal Udang Petai.. Berbuka puasa dengan sambal udang, hmmm membuka selera sungguh! hehe..

Yang bawah ni pulak gambar-gambar masa pergi Kelantan hari tu.. Kalau pergi jalan-jalan, selalunya, aku tak kisah boleh je makan apa aje dan makanan bukan fokus utama aku pergi berjalan.. Tapi, bila sampai Kelantan, rugilah kalau tak pekena nasi kerabu yang original! :)

IMG_2191

IMG_2170
Pergi pasar malam, makanan yang aku aim ialah nasi kerabu.. Aku suka yang nasi kaler biru tu.. Baru rasa dia umpph.. Sepanjang kat Kelantan, 3 kali aku makan nasi kerabu..

IMG_2171
Murah-murah je semua.. Dahlah dapat banyak.. Kat KL, mana dapat!! Semua nak cepat kaya.. huhu..

IMG_2178
Satay 40 sen sebatang.. Beli untuk Haikal, tapi dia tak mahu pulak..

No comments: