Sunday, January 1, 2012

New Year At Ikea...

Hari ni, seharian kitorang berjalan kat Ikea.. Dari pagi sampai petang.. Punyalah ramai umat manusia hari ni... Bawak Haikal memang mencabar.. Baru anak sorang ni, dah tak terkejar aku..huhu.. Tak dapat bayangkan bila ada 2, 3.. :p



Leka main benda alah ni masa tunggu papa dia hantar barang kat kereta...

Tahu tak masa main ni, ada 2 orang anak Chinese datang main.. Boleh Haikal tolak budak tu, pastu budak tu pun tolak Haikal.. Then, bermulalah adengan sepuk-menyepuk kat situ.. Huhu.. Alahai, anak aku ni, tak tahu takut langsung.. Risau jugak karang kalau mak ayah budak tu marah..

Hari ni jugak banyak melalak.. Bila sewakan kiddy's ride tu, dia duduklah dalam tu.. Masalahnya bila berhenti, dia merengek.. Tolak perlahan pun bising jugak.. Apalagi, kena marahlah.. Huhu.. Asyik merengek, tak tahan aku.. Sudahnya, bila dah pulangkan balik kiddy's ride tu, masukkan dalam stroller, terus tertido.. Penat melalaklah tu..



Bila tengok anak tido, mulah rasa kesian tadi kena marah sebab nakal.. Huhu.. Cepat besar, jangan nakal2 ye, nak..

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: