Monday, July 4, 2011

8 More Days...

8 hari lagi nak balik KL, iye jugak..

Tapi, yang nak cerita ni ialah 8 hari lagi nak ganti puasa.. hihi.. Banyak lagi, ni tengah berusahalah nak habiskan sampai minggu depan.. Duduk ofis je, tak terasa sangat haus dan lapar.. Just busykan diri dengan kerja, tengok2 jam bergerak dengan sangat pantas sampai tak sedar dah tengah hari... hehe..

Bila waktu berbuka jelah yang mencabar.. Haikal pun sibuk nak makan sekali.. Nenek suap tak nak, nak mama jugak yang suap.. Semalam, makan lauk ikan je, tak nak makan nasi.. Lepas tu, bila aku bagi ikan aje, dia taknak, tunjuk2 tempat lain.. Puas fikir, rupa-rupanya, nak ikan yang letak kicap.. Ayohai, macam-macam anak aku ni demand sekarang.. Aku selalu tanya Haikal, nak makan tak? Nak cocoa crunch tak? Kalau dia geleng tu, maksudnya memang dia tak nak.. Jadi tak payah susah payah nak sumbat kat mulut dia.. hehe.. Ni banyak kerenah ni, macam manalah bila bulan puasa nanti.. Dia pun sibuk nak berbuka dengan kita.. Confirm, aku kena siap2 masak dulu, then baru amik dia dari babysitter.. Kalau tak, sure tak jadi memasak jawabnya.. huhu..

Apapun, harap dapat ganti berpuasa sampai habis tanpa halangan... InsyaAllah.. :)


2 comments:

hamiDahRecKs said...

aku pon 8 hari lagi nak ganti,,,,wooott,,dah la first time pose ngn bf..gagaga

sayahappyslalu said...

recks,
hehe.. aku time puasa dulu, susu tak drop.. selalu minum susu, makan kurma.. Okay je, takde apa nak risau..