Thursday, March 10, 2011

Ragam…

Ada anak kecik ni, memang kena banyak bersabar, kan? huhu.. Ada masa buat kite gelak, ada masa buat kite geram rasa nak babap bontot dia.. hehe.. Anak baru sorang, dah tak menang tangan.. Kalau dua, tiga dan seterusnya, macam mana? hehe.. Yang itu, nanti-nantilah fikir.. :P

Ni nak cerita fasal Haikal ni.. Dulu masa kecik, tak banyak ragam.. Senyap sepi aje..  Kembung perut, senyap.. Berak pun senyap.. Tapi lama-lama dah mula bising sikit.. Ni dah setahun, lain pulak ragam dia.. Kuat merengek bila dengan aku dan sangat2 suka melekap kat aku.. Seriously, susah sangat nak mandi, nak masak, nak solat.. huhu.. Dia akan duduk dekat aku dan tarik baju kuat2.. Kalau aku seakan nak tinggalkan dia, mulalah melalak macam orang pukul..

Pagi tadi, tengok aku tak ada kat katil, terus melalak.. Aku kat dapur tengah blend bubur dia.. Dengan papa dia tak nak, tak fasal2 kena marah pagi2 dengan papa dia.. Kesian dia.. huhu.. Sedar-sedar aku tengok Haikal dah merangkak keluar dari bilik.. Aku dukung, terus senyap.. Bawak masuk bilik balik dan susukan, tapi tak mahu tidur.. Time aku nak mandi pun nak ikut.. Last-last, aku bawak skali dia ikut aku mandi.. Dia berdirilah kat tepi main berus gigi.. hahaa.. Time solat pulak, letak dia kat babycot.. Melalak jugak.. Kalau letak kat tepi, mau dia tarik kain telekung sampai terlondeh.. haha.. Masa hantar kat babysitter atau jemput dia, aku letak dia kat riba sambil memandu.. Tak jauh dari rumah aku.. Time memandu tu, dia raba2 nak menyusu.. Haiyo, tak boleh tunggu sampai rumah… Pagi tadi pulak, sambil memandu, sambil dia menyusu.. Macam-macam gaya.. huhu..

Semakin hari, makin lain perangai anak aku.. Ni dah cuti 5 hari dia hari-hari dengan aku, bila aku hantar kat babysitter, melalak bukan main time aku hantar dia.. Budak2 memang camni kot.. Takpelah, layankan aje.. hehe.. Dah besar sikit, dan faham apa kite cakap, okaylah tu nanti.. :)

IMG_0748 Buat muka comel macam ni, tak sampai hati nak marah.. hehe.. Time ni tengah main cak-cak dengan mama…

3 comments:

Qastalani® said...

dia jenis dengki x kalau kakak saje peluk2 suami kakak depan dia? Qaiser ni memang x boleh org syg org lain selain dia. Atuk syg opah x bole, opah nak sayang mommy pn dia x bagi

sbb dia menyusu badan kot.. itu yg melekat aje kejenyeee

Noradila Ali Hanafiah said...

hihi..kecian mamanya..anak2 ila pun semua ngada2 juga..tapi abang2nya..bila dah tak bf..melekat ngn papanya..sebab mamanya garang kot..hihi..yg sikecik sekali nie tak tau nati bila dah tak BF lg...cmner..(^__^)...

sayahappyslalu said...

qast,
memang pun jeles sangat.. akak pegang baby lain pun dia jeles.. hehe

ila,
budak2 gitulah perangai dia..