Sunday, January 23, 2011

Haikal Is 11 Months Today!

This means 1 more month to reach 1 year old.. Cepatnya! Tak sedar kan, masa berlalu begitu cepat.. Tau-tau baby dah membesar depan mata.. Looking at Haikal, rasa tak percaya dia 11 bulan.. Aku rasa macam dah setahun lebih… hehe.. I can’t wait to see more what he could do! :)

IMG_0628 Budak manja menempel kat papa sambil tengok TV.. Ini gambar semalam, later I change sebab belum tangkap gambar untuk hari ini.. :)

At 11th months, posing atas Cleopatra seat.. :)

Here are his milestones at his 11th months:

  • Still fully breastfeed. Kira milestone jugak ke? Milestones for mama, to be specific.. hehe.. Walaupun sekarang Haikal tak minum banyak sangat during day time, waktu malam still minum macam biasa.. Kalau tak "bergayut" memang tak boleh tidur, agaknya.. hehe.. Yang aku perasan, bila dah semakin besar ni, semakin pandai.. Kalau boleh, nak tidur sambil menyusu dan tak nak lepas.. Yang susahnya aku, sebab tak boleh buat kerja lain.. Bila aku tarik, cepat2 dia hisap balik.. huhu.. Kadang2 bila tak tahan, aku selalu cakap dengan Haikal yang tengah tidur.. "Kalau dah sudah, lepas ye.. Kesian mama.." Bila dah puas, dia lepaskan :) Tapi, kadang2 tak jalan jugak.. huhu..
  • Kuat memanjat.. Panjat dan turun sofa biasanya sebab nak amik remote control.. Ada hati jugak nak panjat katil tapi kaki tak sampai.. hehe.. Dan baru-baru ni, dia baru realize TV cabinet pun boleh dipanjat jugak.. huhu.. Belum sempat panjat, dah kena marah dengan papa dia.. Cemik-cemik tak jadi panjat.. haha..
  • Haikal tak mahu jalan lagi! huhu.. Memapah laju aje, tapi bila suruh bertatih sambil aku pegang tangan dia, dia tak mahu.. Malas nak jalan anak aku ni.. hehe..
  • Dah start makan nasi.. Nasi yang kitorang makan.. Aku masakkan sup ayam, sup ikan atau sayur.. Makan dengan kuah, takdelah keras sangat nasi tu.. Cuma Haikal ni jenis suka simpan makanan dalam mulut.. Jadi, aku bagi air selalu supaya makanan cepat masuk perut dan tak tercekik.. Bayangkan aku pernah bagi makan telur dadar.. After 1 hour, telur tu ada lagi kat dalam mulut dia.. haha.. Kalau senyap aje, pastu mulut tertutup dan muncung, tentu ada makanan atau benda dalam mulut.. huhu..
  • Clingy as usual with me.. Kadang2 masa solat pun dia sibuk nak dukung.. Masa masak pun sebelah masak, sebelah dukung dia.. Manja betullah hero sorang ni..
  • Haikal suka buku sejak kecil lagi.. Kalau nak bagi buku, bagi yang hard cover, kalau tak abis koyak dibuatnya.. hihi.. Dari pemerhatian kitorang, kalau dia main dan letak toy box kat depan dia, barang yang dia akan ambil dulu ialah buku.. Dibelek-belek buku ABC, 123 dia sampai meleleh2 air liur.. :) Aku berdoa semoga Haikal suka buku sampai besar nanti dan paling penting suka membaca.. InsyaAllah..
  • Mula melalak bila aku tinggalkan dia kat babysitter waktu pagi masa nak pergi kerja.. Dia nak ikut aku.. huhu.. Maybe sebab aku hantar naik kereta, itu yang dia nak ikut... Kadang2 sayu jugak tengok dia menangis..
  • Suka makan! Kalau merengek asyik nak berdukung, bagi makanan, terus senyap dan duduk diam2 sambil habiskan makanan.. Dah abis makanan, dia golek2kan Tupperware aku tanda mintak some more.. Cheese cake, dia boleh makan 1 slice seorang.. huhu..
  • Tak takut gelap.. Bila nak tidur malam, kitorang tutup lampu, Haikal boleh lagi merayap dalam bilik dalam gelap2 tu.. Terpaksa aku takutkan dia pulak cakap "momok, momok amik dia.." haha.. Patah balik dia kat aku.. hehe..

Haikal, mama doakan Haikal jadi anak yang baik dan soleh.. Amin…

3 comments:

shahida said...

Amin...

LynnDa @ PeNg said...

jadi ulat buku macam mama dia laaa

sayahappyslalu said...

peng,
mama bukan ulat buku, tapi ulat bulu.. haha