Monday, January 31, 2011

Bagaimana Atasi Bayi Menggigit Semasa Menyusu?

Breastfeeding ni memang mencabar.. Dari baby kecik sampailah umur nak dekat setahun ni, macam-macam peringkat ada.. Masa baru lahir dulu, mulut macam mulut burung, asyik nak menyusu aje.. hehe.. Bila dah besar sikit, umur 4 – 5 bulan, Haikal minum banyak sampaikan aku jadi risau stock susu tak cukup.. Masa dia 7 bulan, cabaran lain pulak, aku kena pergi OBM dan sungguh2 aku kumpul stock untuk baby minum selama 7 hari 7 malam.. Ni dah nak dekat setahun, cabaran lain pulak datang.. Paling mencabarlah dalam perjalanan breastfeeding aku ni.. Iaitu, Haikal suka gigit bila dia nak lepaskan nipple after dia menyusu.. huhu.. Tau ajelah, gigi dia dah 4 batang.. Gigi yang atas tu jarang sikit.. Bila dia gigit dan tarik, mak ai ngilu dan sakit giler..

Time menyusu sekarang ni aku rasa macam pergi perang.. Kecoh giler dengan adengan mama menjerit, lepas tu diikuti Haikal melalak.. Mana tak stress dibuatnya? Selalunya aku time susukan dia bolehlah baring2 sikit, kadang2 tertidur.. Sedap2 aje nak lena, dia pulak gigit.. Terus datang hangin satu badan.. huhu.. Kesian jugak baby kena babap dan kena marah, tapi memang sometimes tak boleh kawal.. Tapi takdelah babap betul2 pun, just acah2 dia supaya dia tak buat lagi.. Aku marah-marah selalu pun, baby bukan paham.. Bila dah asyik gigit ni, aku jadi takut pulak bila tiba time menyusu.. hehe.. So, panaskanlah susu dalam botol, dan bagi Haikal minum sebelum dia nak tidur.. Tapi, ini budak memang bijak.. Nenen yang fresh jugak yang dia nak.. Kalau tak bagi, sambung melalak2 lagi dia.. haish…

Jadi, macam mana ye nak atasi baby menggigit time menyusu ni? Ada tak alat yang boleh protect nipple kita? huhu.. Pernah sekali I came across this one product, Medela nipple shield , iaitu sejenis puting yang boleh letak kat nipple khas untuk ibu-ibu yang susah nak susukan baby sebab flat nipple. So, I guess, in my case bolehlah letak puting kat nipple untuk protect time menyusu.. Let say Haikal gigit, gigitlah getah puting tu.. hehe.. Tapi, risau beli mahal2, Haikal tak nak menyusu pulak.. Ada cara lain? Please give me some ideas! But, please don’t ask to stop breastfeeding.. I love to breastfeed my baby, except the “menggigit” part tu lah..Smile with tongue out

Hari tu dah geram sangat asyik gigit aje, aku bagi puting kat Haikal… Tersengih2 gigit puting.. Haish, anak mama ni..

IMG_0679

IMG_0680

IMG_0676

IMG_0677

Lengang & Petrol Naik Harga Lagi!

Seronok giler pagi ni, bawak kereta berdesup ke ofis.. Keluar lewat sikit, tapi cepat sampai.. Kalau macam ni hari-hari kan bagus? hehe.. Memang tak dapatlah.. Next week, keadaan kembali seperti biasa.. Well well, nak duduk dan kerja kat KL, tentulah kena tahan menghadap keadaan sesak2 camni selalu.. Kalau tak sanggup, dah, pergi duduk Sarawak sana! hehe..

On the way, dengar berita kat radio! Damn, petrol RON97 naik harga lagi jadi RM2.50 seliter.. Walaupun Myvi aku guna RON95 yang tak terlibat dengan kenaikan harga, aku tetap bengang.. Sebab bila petrol naik, nanti barang2 lain semua naik harga especially makanan.. So, who to be blamed? Apakejadahnya semua ini? haha.. Sakit hati weh!

Sunday, January 30, 2011

Ikea PATRULL Multilock.. Needed When You Have Kid..

Bila ada budak kecik dalam rumah, first and foremost, kena pastikan keadaan persekitaran rumah selamat dan tiada barang2 kecik atau barang2 tajam yang terletak kat lantai atau diletakkan kat tempat2 yang boleh dicapai oleh anak kita.. Yes, kids tend to explore almost everything.. Haikal pun sama.. Semua benda dia nak try.. Suka masuk mulut nak test power gigi 4 batang dia tu.. hehe..

Haikal suka main kat drawer dalam bilik dia, pintu2 dan TV cabinet… Biasanya kitorang banyak habiskan masa duduk kat ruang tamu, so TV cabinet yang jadi sasaran utama dia main kat situ.. Kalau main senyap2, memapah kat situ, tak kisahlah sangat.. Ini tak, ditolaknya sliding door cabinet dan asyik bukak tutup benda alah tu.. Gedegang bunyinya… hehe.. Lepas tu, suka jugak godek2 DVD player, Astro decoder sambil tekan2 punat yang ada.. Papa Haikal tak boleh tahan tengok barang kesayangan jadi mangsa, maka terus beli Patrull Multilock ni kat Ikea.. Ideanya benda ni digunakan untuk lock benda yang boleh dibuka seperti pintu peti ais, drawer atau wardrobe’s sliding door.. Setakat ni, peti ais, Haikal belum pandai buka lagi..

image

Contoh PATRULL Multilock digunakan di peti ais..

Inilah rupanya bila dah pasang kat TV cabinet… Dah tak bolehlah Haikal nak tolak tarik sliding door tu..

IMG_0571 Tempat Haikal practice bertatih!

IMG_0569 Godeklah macam mana pun, memang Haikal tak reti bukak (at this moment).. hehe..

Dah pasang lock ni, kuranglah Haikal main kat TV cabinet ni.. Sebab memang takde barang2 atas TV cabinet.. Aku memang awal2 dah pesan kat my hubby atas tu jangan letak apa2.. Maka, yang jadi mangsa tempat letak barang ialah meja makan.. Sepah gile.. huhu.. Probably need high table pulak lepas ni untuk letak barang macam handphone… Itulah kerjanya, asyik menambah barang aje.. kihkihkih, nama pun orang pompuan..:P

Tupperware Prosperity Chinese New Year Leaflet–1st to 12th Feb 2011..

Baru dapat CNY leaflet 2011 ni dari my leader.. Tapi confuse sikit kenapa tarikh dia 2010.. huhu.. Maybe typo, kalau tak, takkan dia distribute kat semua.. If any changes, aku akan beritahu…

2011_CNY_Clearance_Central_7th
Kawan2 ku, kalau ada mana2 yang berkenan nak order, let me know.. Special discount diberikan.. Cepat selagi stock masih ada.. Sebab, promotion macam ni barang cepat habis!

Saturday, January 29, 2011

Rainy Sunday…

Hujan tak berhenti dari pagi.. Mendung aje.. Pukul 12 tengahari rasa macam baru pukul 8 pagi.. Habislah, baju tak kering, jemur dari semalam lagi.. huhu.. So, hari ni punya trip basuh baju ditangguhkan..

Hari hujan dan sejuk membuatkan aku jadi malas… Rasa nak rehat aje kat rumah dan kemas sikit2 apa yang patut.. In fact, sejak pindah ni, rasa malas sangat nak keluar.. Rasa nak duduk rumah aje.. Erm, maybe sebab rasa selesa duduk rumah sendiri dan alasan sampingan dah sengkek sekarang, duit banyak habis.. haha..

Hari yang sejuk begini, sedap Haikal tidur dalam bilik.. Bilik gelap sebab langsir tebal, agaknya dia rasa macam dah malam kot.. haha.. Lepas makan, merengek melalak sekejap, pastu kena marah sebab menggigit time menyusu, lepas tu menyusu dengan behave, terus tidur.. Harap dia bangun hanya selepas Domino’s pizza sampai.. Boleh makan dengan tenang sikit.. hehe.. Hari ni tak masak lunch, malam lah masak simple2.. Hari-hari memasak, letih jugak.. Bab sedia bahan-bahan yang lambat.. Nak masak sekejap aje, lebur aje semua dalam kuali/periuk ;P Owh ya, hari ni Domino’s pizza taknak commit boleh hantar within 30 minit lagi.. Takut kena bagi free pizza voucher lagi kot.. haha.. Nak try email McDonald HQ lah, bila McD boleh hantar kat sini.. Nak jugak merasa makan Prosperity burger yang delivery ke rumah.. hehe..

Okaylah, malas bebel panjang2.. Nak rehat, bertweet and FB sambil tunggu pizza sampai.. Happy holidays! Aku hanya mula cuti start Rabu.. Office aku ikut Selangor punya calendar, so hari Selasa tak cuti!

Thursday, January 27, 2011

Duit Indon Murah.. Jadi Jutawan Sekarang!

Sebagai persediaan nak ke Padang-Bukittinggi this coming March, kenalah tukar duit Indon siap2 kat Malaysia ni.. Hari-hari tengok website money changer tengok rate Indonesian Rupiah.. Last year, masa pergi Jakarta Bandung, rate ialah RM370 untuk 1 juta Rp.. This time, rupiah turun.. Dapatlah RM341 untuk 1 juta Rp.. Aku and my hubby cepat2 pergi tukar takut nanti after Chinese New Year ni, rate naik pulak..

Berdasarkan survey aku, dalam banyak2 money changer yang aku pergi, kat Giant, kat Jusco Wangsa Maju, kat Masjid Jamek etc., yang dekat Midvalley ni yang boleh dapat murah.. Namanya Wawasan Sentosa Money Changer.. Ada 2 money changer kat situ, Rate sama aje.. Cuma aku suka Wawasan Sentosa ni sebab dia update currency exchange rate setiap hari dalam website.. So, hari-hari tengok, taulah rate sekarang ni.. Bila dah rasa agak murah, bolehlah terus pergi tukar kat sana..

IMG_0581  Wawasan Sentosa Money Changer di Midvalley… Tukar duit, jangan tak tukar.. Sekarang RM345 untuk 1 juta Rupiah, sudah naik sikit..

I am a millionaire now.. But, Rupiah millionaire, lah! Smile with tongue out

Kedai Kain Langsir Murah…

Selama ni, kalau cerita fasal kain langsir, kepala takde fikir lain.. Sama ada Nagoya atau Nilai 3.. Tapi tau ajelah, Nagoya, dah tentu mahal melainkan time sales ada lah diskaun sikit.. Kat Nilai 3 pulak, tak pernah aku survey betul2, setakat tengok dari luar kedai aje.. Itu pun dah lama dulu, time nak beli barang buat hantaran.. Nak pergi sana pun, dah satu hal..

Bila dah masuk rumah sendiri, langsir tu penting.. Takkan nak duduk rumah yang tingkap letak kain pelikat.. huhu.. Seminggu sebelum masuk rumah baru, my parents-in-law bawak kitorang ke kedai langsir di Jalan Kenanga.. Kitorang pun tak tahu kat mana Jalan Kenanga ni, tu yang mintak mak dan ayah tunjukkan.. My PIL selalu beli kain kat sini sejak lama dulu, so diorang tahulah yang kat sini boleh dapat murah.. Alamat penuh kedai: Han Hwa Trading Sdn. Bhd., No. 27, Lorong Meranti 3, Off Jalan Kenanga, 55200 Kuala Lumpur.. Kedai terletak di area deretan kedai2 berhampiran dengan stesen LRT Hang Tuah..

Sebelum pergi sana, aku cakap dengan my hubby, kalau kain aku tak berkenan, aku takkan terus beli.. Nak pergi tempat lain pulak cari yang lain.. Aku kan memilih.. hehe.. Tapi, bila pergi sana, tengok kain terus berkenan dan terus tempah kat situ.. Design dia ada macam2.. Nak modern, english semua ada.. So, bila dah ada yang berkenan, tak payahlah susah2 nak cari kat tempat lain lagi..

Sampai sana, kedai nak tutup.. Terus kitorang menuju ke tingkat atas, bahagian kain langsir.. Aku berkenan dengan langsir warna kelabu gelap.. Mak mertua kata gelap.. Tapi, kalau ikut konsep rumah aku, memang kena langsir gelap.. So, I stick to my mind dan terus pilih langsir gelap tu dan langsir kaler putih untuk day curtain.. Langsir aku pilih, plain colour, cuma texture kain ialah vertical stripe line..

IMG_0100

Tingkat bawah.. Banyak kain untuk buat alas meja, cadar, cushion..

IMG_0099

Macam2 jenis ada..

IMG_0098

Tak sempat nak capture banyak gambar sebab kejar masa.. Yelah, kedai nak tutup dan tokey nak balik...

IMG_0101

Ini langsir aku.. Harga ialah RM22.90 semeter.. After tawar menawar dapat RM17.. Tokei tu cakap cubalah pergi tengok kat Macy, kain sama aje, harga mahu cecah RM40 semeter.. Aku pun tak tau betul ke tak, tak pernah pergi Macy.. Padahal dekat dengan rumah aje.. hehe.. Yang day curtain pulak, dapat RM15 semeter if I'm not mistaken.. Gambar langsir aku dah siap, boleh tengok entry ni..

Ternyata memang berbaloi beli kain langsir kat sini.. Kitorang tempah sekali, dapat dalam masa 5 hari aje.. Next time, rasa-rasa nak buat langsir baru, definitely will go to this shop again.. :)

Passport Renewal Reminder…

IMG_0670

Terkejut aku baru-baru ni dapat surat dari Jabatan Imegresen.. Ingatkan apa entah aku dah buat salah ke.. Rupa-rupanya, reminder bagitau passport aku akan tamat tempoh kurang 6 bulan.. Kalau tak renew, tak boleh keluar negara… I’m aware about that.. Aku buat passport pada tahun 2006.. So, memang nak kena renew February ni memandangkan aku nak ke Padang Indonesia bulan March nanti..

Cuma sekarang aku masih berkira2 nak renew untuk 5 tahun ke atau 2 tahun sahaja.. Tak silap aku ada passport untuk 2 tahun sahaja, RM100 bayarannya.. Yang nak tahu, applicable tak untuk orang yang renew passport macam aku? Okay kot, buat 2 tahun aje.. Next year takde pulak plan nak pergi Mumbai ke, Hong Kong ke.. haha.. Jimat sikit duit aku, itu aje motif utama.. kehkehkeh.. Kalau kat company lama, passport boleh claim.. Sekarang ni nak claim dengan siapa? Bayar sendirilah.. huhu..

Lucky 50,000th Sayahappyslalu Blog Reader Giveaway…

* Sticky entry sehingga lucky reader ditemui :) *

counter

Nampak tak sidebar kat sebelah tu kanan blog aku ni? I’ve put a counter to track how many people has been reading my blog.. Sebelum ni, counter ni ada, tapi aku letak kat paling bawah, jadi, tak perasan sangat.. Blog readers pun tak seberapa, segan nak letak tinggi-tinggi.. haha..

Suka pulak aku buat giveaway..:).. Aku nak buat bagi hadiah kepada pembaca ke 50,000 blog ni.. Macam mana? Senang aje, just enter my blog.. If happens you are the lucky one, with the number 50,000 appears on the counter, please print screen and let me know through email… Email me at emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Or drop a comment here..

Hadiah menarik menanti seorang pemenang bertuah iaitu Femme perfumed lotion by Hugo Boss, size 50ml.. This item is new.. Don't worry, it is 100% original, tak main grade A, grade B etc.. haha.. Bau pun sangat sedap, sewangi bau perfume nya.. :)

IMG_0564

Apalagi, spread the news in your blog or to your friend and be the lucky one! This contest open to all, tak kira kawan rapat aku, sedara mara dan semua pembaca sekalian.. Sekiranya tiada yang dapat capture that number, erm, nanti kite fikirkan siapa yang patut dapat hadiah ye.. Good luck!

Note: Untuk Sayahappyslalu Giveaway yang lepas, ada sorang lagi yang tak inform aku alamatnya.. Maybe tak bukak blog dia.. Apapun, aku simpan ajelah hadiah tu, in case tuannya contact aku nanti, aku postkan hadiah..

Wednesday, January 26, 2011

Books To Let Go.. For Electrical/Electronics Engineering Students…

* Reminder: Lucky 50,000th Sayahappyslalu Blog Reader Giveaway is still running.. Counter is now 49,900++.. Stay tune and be the lucky one! Good luck Smile

IMG_0602

Hari tu dah publish 1 buku untuk dijual, now ada 3 lagi buku yang aku nak let go.. Let me list all books here:

  1. Electronic Circuit Analysis and Design – Second Edition by Donald A. Neaman
  2. Basic Engineering Circuit Analysis – 7th Edition by J. David Irwin
  3. Modern Control Engineering – 4th Edition by Katsuhiko Ogata
  4. Microelectronic Circuits – 4th Edition by Sedra Smith

Semua buku ni ada 2 copies each kat rumah.. So, I think nak let go satu copy to anyone yang berminat.. Especially electrical electronics students.. Buku2 ni yang aku guna during my studies.. Books recommended by lecturers.. 

Siapa-siapa yang berminat, boleh email aku kat emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Jangan risau, harga tak mahal, including postage sekali.. Books also are in good condition..

Tuesday, January 25, 2011

Jam Gadang…

Bukan Jam Gadang kat Bukittinggi ye.. haha.. Dalam bahasa Minang, gadang maksudnya besar..

Baru-baru ni, my hubby bersemangat nak beli jam baru untuk rumah kitorang.. Senyap-senyap pergi kedai, tau2 mintak aku buat video call untuk pilih mana satu jam yang nak dibeli.. Sebelum ni, kat rumah pakai jam Ikea RM3.30 aje, tak rosak-rosak pakai dah bertahun.. So, ni nak tukar selera sikit, nak yang besar pulak.. Jam lama kecik, tak puas nak tengok atau kadang2 tersilap tengok.. ;P

Ini dia jamnya.. Kalau tak nampak jugak, tak tahulah nak cakap.. hehe..

IMG_0621 Brand Seiko..

IMG_0620 Seperti biasa, jam mesti dicepatkan 10 minit.. Aku tak berapa faham sebenarnya, walaupun masa diawalkan, my hubby tetap lewat jugak.. huhu..:P

IMG_0623 We put it at dining area.. Sebab kat hall dah takde tempat nak gantung.. Letak kat sini, kalau dari hall pun, boleh nampak jugak..

Kesimpulannya, hargai masa.. Masa itu emas.. Smile with tongue out

Pullman Putrajaya Lakeside – My Personal Review..

Isnin petang, after work, aku ke Pullman Putrajaya dengan Haikal.. Ke sana sebab nak hantar barang kat my hubby.. He stayed there for team building.. That was my first time pergi hotel tu.. And you know what? Aku sangatlah terkejut tengok design building hotel dan design dalam bilik.. I felt like, “Perlu ke semua ni?” haha.. Adakah aku buta seni? hehe..

Hotel di tengah Putrajaya yang gah, tentulah expectation orang terhadapnya begitu tinggi, kan? But to me, this hotel is beyond my expectation.. Or can I say it is too much? huhu.. Dari luar, building hotel nampak macam istana lama.. Entah, sebab banyak kerawang-kerawang kot.. hehe..

Bila masuk dalam bangunan, mak ai! Serius lagilah macam istana ala-ala kat Egypt.. Betul ke? Aku pun tak pernah pergi Egypt.. haha.. Pada pendapat aku jelah ni.. At the corridor, ada lampu-lampu macam tanglung bergantungan.. Nice, tapi, macam tak perlu aje aku rasa..

IMG_0644

IMG_0649 Bilik-bilik bertentangan.. View dari bilik my hubby..

Masuk-masuk dalam bilik, aku rasa macam horror aje.. haha.. Especially bilik air menakutkan.. Ada ukiran kat pintu dan intu almari.. Kat dinding siap ada tiles yang bling-bling macam berlian… Macam kat Mesir..:P Ada lampu tanglung jugak.. Menakutkan sebab aku tak biasa masuk hotel macam ni sebelum ni, agaknya.. hehe..

IMG_0646

IMG_0648

IMG_0652  Inilah bling2 yang aku maksudkan..

Ini pulak gambar dalam toilet.. Nice toilet.. Tapi sebab tiles dia tu punya corak-corak, aku rasa tak suka dan geli nak pijak… huhu.. Kalau room service tak cuci bersih, serius tak nampak.. Sebab my hubby punya abu rokok pun macam tak nampak atas lantai tu sehinggalah aku teliti betul2.. haha..

IMG_0650

IMG_0651  Bath tub.. Takde shower, so, no choice kena mandi dalam bath tub.. Kadang-kadang rasa geli jugak.. hihi..

Lagi satu, ada seat yang ala-ala kerusi Cleopatra ni.. Apalagi, letak baby posing atas tulah.. hehe..

IMG_0654

IMG_0653  Takde lain, mesti nak godek semua barang.. Siap main telefon dan terdail receptionist.. huhu..

Aku bukanlah tak suka apa dengan hotel ni.. Dibina di kawasan pentadbiran kerajaan, tentulah duit kerajaan yang keluar, ye tak? Duit kerajaan, maknanya ada sumbangan duit rakyat jugak, kan? Rakyat Malaysia kan bayar cukai.. So, sebaik-baiknya tak perlulah over do sampai aku rasa cam membazir aje.. In the end, maintenance kurang dan tak dijaga.. Lama-lama, rosak.. Aku tengok lantai bilik, tiles kotor macam orang pijak-pijak tapi tak dibersihkan.. Aku tak bagi Haikal merangkak-rangkak kat situ.. Lagi satu, aku cari-cari jugak pen ke, envelope ke yang biasa aku amik kat hotel2 bawak balik, tapi takde.. haha.. Dah abis stock kot.. huhu..

Dengan itu, sekian my personal overview.. Hotel2 begini kena maintain dari segi kebersihan, grooming dia.. Takut lama-lama nanti malap aje takde orang nak datang lagi… :) Stay kat rumah lagi best! hehe..

Monday, January 24, 2011

Ya Tayba… Ya Tayba…

Sejak bila anak aku jadi Pak Arab? Open-mouthed smile

Haikal kena buli dan paksa dengan atuk dia pakai serban.. hehe.. Apalagi, melalak lah tak mahu.. Dia bukan suka pakai apa2 atas kepala.. huhu.. Apapun, these are pictures yang sempat  papa Haikal snap..

IMG_0630  “Haikal tak bersalah.. Tolong lepaskan!”..

IMG_0633  Alala.. Sedihnya pak arab kite.. :)

Tak Suka..

  • Tak suka bila kena menunggu.. Tunggu nak pergi mana-mana ke, tunggu orang datang lambat kalau dah janji..
  • Tak suka bila bukak blog orang, dia tulis guna shortform.. Kalau hampir 80% tulis singkat2, serius berpinar mata aku nak baca.. Last2, aku malas baca.. Tau tak, kalau tulis shortform bila orang google search tentang sesuatu perkara, susah nak jumpa blog kita?
  • Tak suka hari hujan sebelum aku balik kerja.. Sebab baju aku jemur tak kering.. huhu..
  • Tak suka bila banyak sales time aku takde duit.. haha..
  • Tak suka orang tak jujur atau menipu.. Sampai sudah aku takkan percaya lagi..
  • Tak suka traffic jam in KL.. Siapalah suka, kan? I wish I can build my own road, jalan dari ofis terus sampai rumah.. Orang lain tak boleh lalu.. haha.. In my dreams!
Note: Entry time tengah bosan! Please excuse..

Baking With New Oven..

Dengan ini, dirasmikan oven baru aku.. hehe.. Actually, my hubby dah try bakar instant pizza sebelum ni.. Nak buat pizza sendiri, masih belum lagi.. Kos mahal (I guess), better beli Domino’s pizza, siap dapat free regular pizza, sebab hari tu tukang hantar pizza tu lambat lagi.. hehe..

I did midnight baking on last Saturday.. Abis Cerekarama baru start mix bahan2 semua.. Kalau ikutkan mata dah mengantuk, rasa malas pun ada.. Tapi, belasah ajelah.. :) Aku buat chocolate cupcake.. First time guna resipi ni, hopefully menjadi dan moistlah hendaknya..

IMG_0626   Inilah dia chocolate cupcakes yang sedang dibakar.. Kena beli loyang yang besar sikit kalau nak masak banyak sekali harung.. Ini masak 6 ketul aje, berapa lama nak abis semua adunan, da? :P

Hasil cupcake aku.. Rasanya not bad at all.. Yang paling penting, suits my taste bud! hehe.. Sebab aku yang akan makan banyak, my hubby tak makan sangat.. Haikal pun suka, tapi aku bagi sikit aje sebab dia batuk..

IMG_0627   Moist Chocolate Cuppies.. Nanti nak buat topping lah kalau rajin.. :P

Maka, dah terbukti oven berfungsi dengan baik.. Yelah, beli baru tapi tak guna lagi, risau jugak oven malfunction ke apa kan.. Next time boleh baking lagi.. My hubby cakap “Sayang takde tempat grill ayam”.. Tapi, to me, tak apa takde tempat grill ayam sebab aku taknak oven aku melekat bau ayam.. hehee…

Sunday, January 23, 2011

Haikal Is 11 Months Today!

This means 1 more month to reach 1 year old.. Cepatnya! Tak sedar kan, masa berlalu begitu cepat.. Tau-tau baby dah membesar depan mata.. Looking at Haikal, rasa tak percaya dia 11 bulan.. Aku rasa macam dah setahun lebih… hehe.. I can’t wait to see more what he could do! :)

IMG_0628 Budak manja menempel kat papa sambil tengok TV.. Ini gambar semalam, later I change sebab belum tangkap gambar untuk hari ini.. :)

At 11th months, posing atas Cleopatra seat.. :)

Here are his milestones at his 11th months:

  • Still fully breastfeed. Kira milestone jugak ke? Milestones for mama, to be specific.. hehe.. Walaupun sekarang Haikal tak minum banyak sangat during day time, waktu malam still minum macam biasa.. Kalau tak "bergayut" memang tak boleh tidur, agaknya.. hehe.. Yang aku perasan, bila dah semakin besar ni, semakin pandai.. Kalau boleh, nak tidur sambil menyusu dan tak nak lepas.. Yang susahnya aku, sebab tak boleh buat kerja lain.. Bila aku tarik, cepat2 dia hisap balik.. huhu.. Kadang2 bila tak tahan, aku selalu cakap dengan Haikal yang tengah tidur.. "Kalau dah sudah, lepas ye.. Kesian mama.." Bila dah puas, dia lepaskan :) Tapi, kadang2 tak jalan jugak.. huhu..
  • Kuat memanjat.. Panjat dan turun sofa biasanya sebab nak amik remote control.. Ada hati jugak nak panjat katil tapi kaki tak sampai.. hehe.. Dan baru-baru ni, dia baru realize TV cabinet pun boleh dipanjat jugak.. huhu.. Belum sempat panjat, dah kena marah dengan papa dia.. Cemik-cemik tak jadi panjat.. haha..
  • Haikal tak mahu jalan lagi! huhu.. Memapah laju aje, tapi bila suruh bertatih sambil aku pegang tangan dia, dia tak mahu.. Malas nak jalan anak aku ni.. hehe..
  • Dah start makan nasi.. Nasi yang kitorang makan.. Aku masakkan sup ayam, sup ikan atau sayur.. Makan dengan kuah, takdelah keras sangat nasi tu.. Cuma Haikal ni jenis suka simpan makanan dalam mulut.. Jadi, aku bagi air selalu supaya makanan cepat masuk perut dan tak tercekik.. Bayangkan aku pernah bagi makan telur dadar.. After 1 hour, telur tu ada lagi kat dalam mulut dia.. haha.. Kalau senyap aje, pastu mulut tertutup dan muncung, tentu ada makanan atau benda dalam mulut.. huhu..
  • Clingy as usual with me.. Kadang2 masa solat pun dia sibuk nak dukung.. Masa masak pun sebelah masak, sebelah dukung dia.. Manja betullah hero sorang ni..
  • Haikal suka buku sejak kecil lagi.. Kalau nak bagi buku, bagi yang hard cover, kalau tak abis koyak dibuatnya.. hihi.. Dari pemerhatian kitorang, kalau dia main dan letak toy box kat depan dia, barang yang dia akan ambil dulu ialah buku.. Dibelek-belek buku ABC, 123 dia sampai meleleh2 air liur.. :) Aku berdoa semoga Haikal suka buku sampai besar nanti dan paling penting suka membaca.. InsyaAllah..
  • Mula melalak bila aku tinggalkan dia kat babysitter waktu pagi masa nak pergi kerja.. Dia nak ikut aku.. huhu.. Maybe sebab aku hantar naik kereta, itu yang dia nak ikut... Kadang2 sayu jugak tengok dia menangis..
  • Suka makan! Kalau merengek asyik nak berdukung, bagi makanan, terus senyap dan duduk diam2 sambil habiskan makanan.. Dah abis makanan, dia golek2kan Tupperware aku tanda mintak some more.. Cheese cake, dia boleh makan 1 slice seorang.. huhu..
  • Tak takut gelap.. Bila nak tidur malam, kitorang tutup lampu, Haikal boleh lagi merayap dalam bilik dalam gelap2 tu.. Terpaksa aku takutkan dia pulak cakap "momok, momok amik dia.." haha.. Patah balik dia kat aku.. hehe..

Haikal, mama doakan Haikal jadi anak yang baik dan soleh.. Amin…

Thursday, January 20, 2011

Gambar Lama…

Bila tengok gambar-gambar lama, mulalah nak compare dengan muka Haikal, sama ada ikut muka mama atau papa dia.. hehe.. Apapun, he copies both of us.. Kepala botak, suka senyum dan gelak, ikut mama.. Hidung terpatuk ikut papa..Smile with tongue out

IMG_0338 Ni aku masa kecik.. Chubby..

IMG_0337  Aku dengan Epit.. Selekeh giler.. haha.. Muka anak Epit, Marissa memang copy bulat2 muka dia.. hehe..

IMG_0340  Kepala botak pakai overall, tak tau sama ada laki ke perempuan.. huhu..

IMG_0342  Gambar aku time ni ada sikit style Haikal, iaitu muka selamber.. hihi..

IMG_0341  Liana dan Nizam.. Haikal ada sikit rupa Nizam.. Cuma versi Haikal ialah takde rambut.. hehe..

Dulu-dulu, susah nak amik gambar.. Sebabnya guna camera yang pakai Kodak filem.. Kalau takde filem, tak bolehlah nak tangkap gambar.. Kodak pun mahal, nak dekat RM10 segulung untuk 36pcs gambar.. So, saja2 nak snap, memang takdelah.. Sayang filem, takut gambar tak cantik.. Bila dah siap posing lawa2, baru snap photo..:P Lepas dah abis guna filem, cuci dan baru boleh tengok hasil gambar.. Then simpan dalam album untuk kenangan..

Sekarang pulak, berbeza.. Camera guna memory card.. Snap lah berapa banyak gambar yang kite nak, lepas tu boleh terus view dari camera.. Then, transfer gambar ke PC.. Lepas tu, mulalah pening2 pilih mana satu gambar nak cuci sebab gambar banyak sangat! haha.. Last2, simpan aje dalam PC.. PC kena virus, baru cuak nak buat backup! hahahahahaha.. 

Tuesday, January 18, 2011

My Tumblr: Capture The Moment…

I am a newbie to Tumblr.. Bile sebut, dengar macam Tupperware aje.. hehe.. Macam-macam application internet sekarang ni, semua nak cuba.. hehehe.. Tak ada salah pun, kan? Barulah orang kata “up to date”.. haha..

I love my blog so much, so, I will never leave it behind.. Semua story mory memang aku letak dalam blog.. So, My Tumblr is mainly where I put photos of my baby or anything else which I didn’t post in my blog.. More to my photos journal lah..

tumblr

Letak-letak gambar dalam tu, senang aje.. Tapi, up until now, I don’t know how to put comment for the photos.. Belum sempat nak godek betul2 lagi.. Anyway, follow my Tumblr, okay!

Monday, January 17, 2011

Naik, Turun & Gigi…

Apa yang naik, turun dan gigi tu? Kalau nak tau, please watch the video.. hehe.. Bila teringat baru aku amik video Haikal.. Lucky this time boleh capture his new milestones.. Kadang2, dia tak nak bagi kerjasama, tu yang tak jadi amik video.. :)

Tengok tu, sampai tergolek dia.. Nasib, tak menangis.. hehe..

Yes, Haikal dah pandai panjat dan turun sofa sendiri.. :) Turun katil pun dah pandai jugak.. Tapi, katil tinggi sikit, so, kena perhatikan dan pegang sikit takut tergolek pulak.. huhu.. Mesti Haikal takut jatuh katil.. Tahu tak Haikal jatuh katil lagi masa hari pertama kitorang pindah dan tidur rumah baru.. Kesian dia.. huhu.. Sekarang ni, kitorang bentang toto aje dan tidur bawah.. Baru aku yakin selamat.. huhu..

At this age, I guess Haikal dah mula faham apa yang kitorang cakap dan suruh dia buat.. Bila tanya “Siapa nama Ahmad Haikal Zikry, angkat tangan?” dia akan lambai2 tangan dia.. Tanya “Mana gigi?” dia ketap2 gigi dia dan kalau tanya “Mana fan?”, dia akan tengok siling and tengok kipas.. Tapi, janganlah larang dia dari buat apa-apa dengan cakap “Jangan” atau “No”, tentu dia buat tak layan dan terus buat benda yang kite tak bagi tu.. Aku pernah dengar orang cakap, elak guna perkataan negatif seperti “Jangan panjat” sebab budak2 akan abaikan perkataan “Jangan” tu dan terus memanjat.. Contohnyalah.. Tapi, memang pun, benda yang kite tegah tu lah yang dia buat, kan?.. hehehe.. Maybe we can try something else to attract his attention.. Aku selalu cakap, “Babai, mama nak pergi jalan…” so, dia berpalinglah dan datang kat aku.. hehe.. Tak tahulah taktik ni akan bertahan sampai bila.. :P

Imaginary Phone…

Seriously, aku tak boleh tahan senyum or sometimes tergelak tengok telatah Haikal.. Each and everyday ada saja benda baru yang dia tunjukkan.. Seronok tengok Haikal semakin bijak.. Tapi, kadang-kadang tak tahan, mengada-ngada bila aku ada..

He know how to put handphone at his ears.. So, kalau bagi handphone, dia letaklah kat telinga dia.. Terbalik ke tak, itu belakang cerita.. haha.. Bila takde handphone, we said “Hello”, dia letak tangan kat telinga pulak.. hehe.. Sambil tu cakap “Aaa.. aaa…” Clever boy..

IMG_0501 “Hello.. hello, kenapa tak dengar?” ":P

IMG_0503 One little businessman is seriously talking on the phone.. which is actually a miniature perfume packet.. hehe..

He loves to play with remote control as well.. Lagi-lagi remote control baru Astro, colour lagi attractive bagi dia.. Pantang nampak, terus nak menuju ke situ tak kira kalau terpaksa panjat badan mama atau kena panjat sofa.. He will try so hard to get it.. Sekali nampak aku sorokkan, terus melalak.. huhu..

Lagi satu, laptop.. Pernah aku cerita dia suka kacau bila aku tengah guna laptop, kan?.. He still is.. Oleh sebab itu, aku belikan dia Vtech Baby’s Laptop so that dia tak kacau lagi.. hehe..

IMG_0202

Tapi, takde maknanya pun.. sekejap aje dia main.. Bila tengok mama khusyuk dengan laptop mama dia pun menyibuk sama.. huhu..