Tuesday, November 2, 2010

Outward Bound Malaysia, Lumut..

Pemergian aku untuk 7 days mission hari tu adalah kerana kena ikut program Outward Bound Malaysia (OBM) ni lah.. Disebabkan tuntutan kerja, terpaksalah aku pergi.. Kalau diberi pilihan, I would rather stay at home with my family.. huhu..

It was time to say temporary goodbye.. Picture was taken from the bus.. Sedih, sedih tapi, takdelah sampai menangis, malu kat orang aje.. hihi..

Okaylah, let me give my review about this program.. Bila diberitahu yang kitorang perlu pergi selama 7 hari, I felt very relief.. Bayangkanlah sebelum ni, ada yang kena 14 hari, 25 hari, memang mati woooo.. Ada yang rasa 7 hari sangat singkat, but for me, it was more than enough.. Cukup-cukuplah tu, buat apa pergi lama-lama bazir duit company tapi bila balik attitude, habit semua masih sama.. kehkehkeh.. Yelah, bukan senang nak ubah orang, kan? In my opinion, you will change if you really want to change.. That’s it...

Sepanjang kat sana, kitorang dibahagikan kepada group2 kecil.. So, selama berada dalam group, taulah camne perangai masing-masing.. Ada yang buat kite stress, ada yang buat kite gelak sampai rasa nak guling2, macam-macamlah.. Dapatlah tau serba sedikit true colour diri seseorang tu.. Kalau lagi lama kat sana, lagi banyak yang terserlah agaknya.. Dengan group-group lain, ada yang jadi geng kamceng dengan kitorang, tapi tak kurang jugak ada yang bengong pentingkan diri sendiri.. Bila fikir-fikir balik, aku rasa cam budak2 aje diorang ni.. huhu.. In fact, memang budak-budak pun, umur dalam 22 hingga 24 tahun.. Aku aje yang terlebih usia.. haha.. Bila jadi camni, kite buat tak layan ajelah.. Happy-happy sesama sendiri lagi syok.. :)

Meh nak cerita tentang aktiviti pulak.. First day tu, sampai dah petang.. Kena serahkan barang peribadi including handphone, IC, wallet and money.. Light and easy on that night, just ice breaking session with our team members and mentor.. Makan di dining hall macam kat asrama, tapi, tray, sudu garfu, cawan semua kena basuh sendiri..

DSCN0087

Next day, pagi-pagi lagi kul 6.30am ada warming up session dan kena kerah berjogging… huhu.. Dah lama tinggalkan aktiviti riadah begini.. Balik jogging, ada sesi compass and map orienteering... Aku bab peta-peta ni memang fail, so serahkan saja pada yang pakar.. Aku jadi pengikut aje, I follow.. :P

DSCN0091

Dah belajar tengok compass dan map, kena buat mini-jungle trekking pulak.. Sesat barat jugaklah, sebab salah arah.. Penat memang penat tapi still boleh lagilah sebab route dia takdelah panjang sangat.. Estimate dalam 2 jam perjalanan.. Tapi sebab sesat, kitorang lama sikit, nak dekat 3 jam, itu pun dah merungut-rungut kenapa perlu buat semua ni.. Relevan tak dengan kerja? I kept questioning myself the same question everytime.. haha..

DSCN0100 With my group..

The next day was a real challenge.. Kitorang kena hiking dengan bawak beg berat2 penuh dengan cooking utensils, makanan, tent sheet etc.. Seriously, hilang akal… Dulu, masa aku naik Gunung Kinabalu, asyik cakap inilah kali terakhir hiking.. Hah, amik ko, sekarang tak boleh elak, kena naik jugak walaupun taknak.. huhu.. Dengan susah payah, sampai jugak ke camp site.. Tidur satu malam kat situ dengan tak mandinya.. haha.. Ada lombong, tapi, susahlah orang pompuan nak mandi-manda kat situ.. So, tahan ajelah.. :P

DSCN0108 Tengah prepare barang.. Last check..

DSCN0112 Take a breath at 1st check-point…

DSCN0126At the camp site.. Budak laki pasang tali, nak buat khemah..

Malam tu, makan masak sendiri, guna bekalan yang kitorang bawak.. Semua makanan dalam tin, jadi lebur ajelah.. Sedap tak sedap, belakang kira, janji perut kenyang… Esoknya, pagi-pagi buta, dah siap2 packing balik dah kena balik semula dengan hiking guna route lain pulak.. This time, ada kawan yang cedera kaki dia, so, our move pun slow and steady sebab kena tunggu kawan.. We had a good journey walaupun group paling lambat sampai, siap nyanyi-nyanyi dalam hutan tu, tak fikir dah nak cepat ke apa, janji selamat sampai.. Dah sampai tak boleh terus naik bilik, kena kemas dan cuci semua hiking bag, tent sheets dan barang2 yang kitorang guna dulu sampai siap..

DSCN0136 Muka kepenatan..

Lepas tu, erm, apa ya? haha.. aku tak ingat… Owh, kitorang ada buat raft sendiri guna batang PVC dan water drums.. Aku takde gambarnya.. Guna pinjam camera Epit, so risaulah kot camera termasuk air ke apa.. Then, last expedition ialah berkayak sejauh 4km ke teluk yang berhampiran.. Pengalaman baru bagi aku.. Seronok berkayak ramai2, cuma tangan rasa lenguh gila.. huhu.. Camping satu malam kat situ, then esoknya balik semula ke tempat penginapan kitorang..

On the last night, ada barbeque dan persembahan setiap group.. Kitorang menyanyi aje malam tu.. Itu pun practice 3 kali, pastu belasah aje atas pentas..

Itu aje aktivitinya.. Relevan tak dengan kerja? haha.. Tapi okaylah, new experience, new friends, belajar dengan pelbagai ragam orang, seronok ada kawan2 yang giler2 yang buat orang gelak tak berhenti.. hehe.. Till we meet again next time, tapi, tak nak dah pergi OBM.. kehkehkeh..

Note: Tak banyak gambar aku snap sebab tak rasa nak amik gambar.. It was sooo not me.. hehe..

2 comments:

suzieradzali said...

emi xciter pon pengalaman ko mengepam....cemana ko curik masa tuh?

sayahappyslalu said...

suzie,
haah la, nanti aku ceritakan.. :P