Saturday, October 23, 2010

Happy 8th Months, Baby!

How are you baby and papa baby?

Pada saat ni, I’m not with my baby untuk saksikan umurnya bertambah lagi sebulan.. Tapi, takpelah, balik nanti mama belanja makan cheesecake.. hehe.. Anyway, I’m happy to see how well my son is progressing each day.. Tak dinafikan, kadang-kadang rasa penat sangat nak handle my little boy.. But, semua tu sangat berbaloi bila tengok he smiled back at me when I smiled at him.. It is very worth it!

Okay, here are little update on his milestones:

  • Alhamdulillah, he is still fully fed with my breastmilk.. Harap susu yang mama tinggalkan tu cukup untuk Haikal sampai mama balik nanti ye, sayang.. Semoga aku masih boleh terus menyusukan Haikal selama yang boleh.. InsyaAllah..
  • Selera makan sangat bagus.. Suap ajelah apapun, mesti dia terima.. Pernah sekali tu, bagi makan Gerber puree.. Bukannya masam pun, but looking at his expression, macam teruk sangat rasanya.. Yang peliknya, dia masih terus makan.. Aku yang tengok pulak rasa kasihan.. And, at the same time, I found it very funny.. hihi.. He like cheese cake and cheese tart, just like me.. Nanti besar sikit, mama ajar makan sambal sotong pulak, my favourite tu.. hehe..
  • Walaupun makan berselera, kalau aku yang suap, dia ada main-main sikit.. So, masa makan tu drag jadi lama.. Macam-macamlah dia nak main.. Kalau makan biskut Farley pulak, sampai melalak-lalak tak sabar..Datang mengada-ngada bila dengan mama dia.. Bila orang lain suap, elok aje..
  • Very clingy when I am around.. Pantang nampak aku bangun sikit, mesti menangis nak ikut.. Padahal, aku nak pergi dapur aje.. huhu..
  • Dah pandai berdiri sendiri sambil berpaut kat sofa, kat lutut aku, kat baby cot.. Sekarang, macam nak memapah pulak.. Step by step, ooo baby.. :P Tetiba keluar lagu Vanilla Ice..
  • Sudah ada satu batang gigi.. Tak berapa nampak lagi, tapi kalau letak jari kat gusi, terasalah gigi comel tu.. hehe..
  • Very playful.. Nampak mainan warna-warni jadi tak tentu arah tak tahu nak main yang mana satu.. Last-last, semua mainan berterabur..
  • Dah pandai lembikkan badan bila aku taknak dukung dia atau tak dapat sesuatu..

Itu aje buat masa ni.. Mama loves you, baby!! Tak sabar nak balik nak jumpa anak mama dan papa dia! Agaknya, Haikal dah pandai jalan dah.. Cepatlah hari Jumaat..

No comments: