Wednesday, September 1, 2010

Knee Pads..

Bajet baby macam baru belajar naik basikal, siap beli knee pads bagai.. hihi.. Saja aje beli nak cukupkan RM200 hari tu beli barang kat LittleWhiz, dapat free shipping.. haha.. Alasan!

Haikal kan baru nak belajar merangkak, so bila dia pakai seluar seksi pendek, bolehlah pakaikan knee pad ni kat lutut, takdelah sakit pusing2 kat lantai, kan.. Lagi satu, kalau pakai seluar panjang, seluar pun tak kotor.. Senang, tak payah sental.. :P Sekarang ni pun, tengok stokin Haikal, Mak ai! Macam kerja kebun.. hihi..

IMG_8013

IMG_8015 Gaya mesti ada! Barulah umph! Tapi jangan lupa, merangkak mesti ke depan, bukan ke belakang.. hehe..

IMG_7971Suka sangat kena timang.. Senyum lebar sentiasa..

Kalau balik rumah mak kat Wangsa Maju, ketiak Haikal mesti lenguh.. haha.. Sebab apa? Sebab semua orang nak dukung dia.. Sekejap-sekejap pass kat Maksu Sofia, pastu pakcik-pakcik pulak.. Kadang-kadang sampai berebut bergaduh.. Sofia yang selalu merajuk sebab tak dapat dukung lama-lama.. Tapi, kalau Haikal dah mula menangis tau pulak cari mama dia..

IMG_8010 Posing dengan Pakcik Nizam.. Nak letak kat Facebook katanya.. :P

IMG_8012 Nizam pulak bergaya dengan spec professor..

IMG_7977 Dengan Maksu Sofia pulak.. Gembira kena agah.. Haikal bergaya dengan romper baru :)

Aku suka tengok Haikal pakai romper.. 1 piece aje, nak check berak pun senang.. hehe.. Aku beli online, size 12 months.. s\Skali pakai sedang molek aje dengan saiz badan dia.. So, tak payah nak simpan2, terus pakai aje.. Boleh buat basahan jugak..

2 comments:

Queen said...

knee pad tu memang ada kelassss

sayahappyslalu said...

adakah kelihatan lebih kacak? :P