Tuesday, June 29, 2010

Gelora Di Hati Tak Siapa Yang Tahu…

Setiap hari Rabu, mesti tak ketinggalan tengok cerita Gelora Di Hati Sara 2.. Episod dia baru start beberapa minggu lepas, kadang-kadang termiss jugak.. Dah separuh jalan, baru teringat nak alih channel ke TV2..

image Photo source: gua.com.my

Memang aku ikut siri ni dari mula lagi.. Masa tu, masih kat Senawang.. Bila baca balik entry yang lepas, sedih giler tengok tv gambar blur.. huhu.. Sekarang, dah tak perlu adjust2 retina mata sebab rumah pun dah ada Astro.. :P.. Cuma masih lagi CRT tv yang besar bagak tu.. Ah, takpe, janji gambar clear.. Nak tengok tv guna LCD or plasma tv, rumah siap nanti baru boleh cerita.. hehe..

Ok-ok, berbalik dengan cerita sequel ni, siri kali ni bagi aku agak kureng sikitlah.. Agaknya, sebab Rosyam Nor dah tua kot untuk jadi hero.. haha.. Jalan cerita seperti biasa, macam dalam novel.. Bab kahwin dua tu yang tak boleh tahan, siapa suruh cari penyakit?.. huhu.. Watie Elite psiko gile dalam cite ni, Fauziah Latif yang makan hati.. Tension tengok.. Pastu, aku tak suka bab-bab gaduh-gaduh sampai kuar-kuar pistol semua.. Tak boleh ke cerita aman2 sikit? hehe..  Kalau nak cerita ikut citarasa sendiri, kena buat drama sendirilah nampaknya.. kehkehkeh…

No comments: