Wednesday, April 21, 2010

Countdown To “Back To Office”…

Lemahnya.. huhu.. Tapi, kehidupan perlu diteruskan.. I have to work to for our living.. Cuma, rasa beratlah nak tinggalkan baby nanti.. Dahlah nak kena hantar nursery, macam manalah Haikal cope dengan life kat sana? Akan dibiarkan ke dia menangis mintak diangkat? Bila time mandi, dimandikan betul2 ke sampai wangi? Bila poo-poo, cepat2 tak diorang tukarkan pampers? Haish, macam-macam fikir sampai naik risau.. Kalau hantar kat orang (belum jumpa lagi orang yang sesuai), pun risau jugak.. sekarang macam-macam kes.. Takpelah, buat masa sekarang, hantar nursery dulu and tengok macam mana.. Kalau sesuai, boleh teruskan aje.. lagipun nursery dekat aje dengan rumah sewa dan rumah baru nanti.. Haikal behave ye, nak.. Jangan nangis-nangis, bagi semua auntie2 kat nursery tu sayang kat Haikal.. hehe..

Sebelum masuk office, terasa nak potong rambut.. Rambut pun dah panjang sangat ni..  Best jugak kalau dapat buat facial, body scrub ke.. Kat Melaka ni, ada tempat best lagi murah tak? nak yang best-best, tapi murah.. Adatlah.. hihi.. Baju-baju lama still boleh pakai lagi, so, tak adalah nak tukar semua secara mendadak.. sikit-sikitlah beli nanti.. Bosan juga kalau pakai yang sama aje :)… Seronok, sudah boleh pakai jeans lama.. Ada satu jeans lagi yang tak muat, jeans tu memang extra keciklah.. huhu.. Berusahalah kita mengempiskan apa yang kembang.. haha.. Pernah terbaca article orang risau tak kurus lepas bersalin.. Consultant tu jawab, kite carry baby dan gain weight for 9 months.. Then, lepas bersalin nak terus back to normal shape, manalah boleh.. slow-slow lah kalau nak dapat berat asal balik.. At least target, dalam 9 bulan mesti back to shape..

After this dah boleh bergiat aktif balik dengan Tupperware.. wee.. Itu yang diingatnya.. hehe.. Siapa-siapa minat nak beli Tupperware, boleh cari aku.. I also want to add my collection.. Yang ini sure En. Ahmad tak setuju.. hehe..

5 comments:

Ken Wooi said...

dont worry, things will be fine.. =)

anne said...

meh hantar haikal kat anne ;)

sayahappyslalu said...

kenwooi,
i hope so..

anne,
hari2 anne datang balakong jaga haikal, boleh? akak x sanggup pegi klang.. jalan jam.. hehe

anne said...

takyah g klang...shah alam jek...ramai yg ley tgk haikal...hehehe

sayahappyslalu said...

shah alam pun jauh jugak.. huhu