Thursday, August 27, 2009

3T..

Note: Ini entry saya tengah bosan!

Apo kobondo 3T tu, ek? 3T, stands for Tauhu, Tempe, Tauge.. Makanan yang 3 serangkai ni, aku tak makan.. senang cerita, aku tak makan sayur la.. Semalam, itu menu sayuran berbuka puasa kat rumah.. tempe tu, aku goreng2 garing2, supaya bile aku gigit, tak rasa tempe, tapi rasa keropok, hihi.. pastu, cicah dengan cili kicap.. yang tauhu dan tauge tu, my hubby sorang aje yang makan.. selama ni, bile mak aku masak mee/meehoon goreng, aku makan guna tangan.. senang aku asingkan tauge dan tauhu supaya tak masuk dalam mulut..

Kadang2 aku paksa jugak diri aku makan certain sayur.. especially, sayur yang berkaler2 selain kaler hijau.. tak tau la kenapa, tak boleh masuk la kat tekak aku ni.. rasa cam nak terkeluar balik.. memang la bagus, makan sayur ni.. nak buat "urusan" pun senang.. :P tapi, kalau dah tak makan tu camne? ada tak supplement2 yang ganti sayuran? ok ke kalau amik pil2 high fibre tu?

Hari tu, tengok adik ipar aku yang sedang berpantang tu makan nasik lauk sayur, pastu ada halia and lada hitam.. adoilah, macam mana la time aku nanti.. macam tak lalu je aku tengok.. risau la pulak.. huhu..

No comments: